Photobucket

Doa akhir tahun & awal tahun

11/26/2011 06:30:00 PM | 0 Comments

Doa akhir tahun

Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------
-----------------------
-----

Doa awal tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Read more: http://www.anakulucheka.com/cara-membaca-doa-akhir-tahun-hijrah-dan-doa-awal-tahun-hijrah/#ixzz1eo4arddB

mari berhijrah ke arah kebaikan.. insyaAllah

Pertemuan pertama

5/28/2011 08:46:00 AM | 0 Comments


Alhamdulillah.. pertemuan pertama ana dan adik-adik usroh telah bermula. Subhanallah.. rindu nak ber"usroh" semula disebabkan cuti semester sebulan. InsyaAllah ana akan melakukan tugas ini dengan penuh tanggungjawab dan semoga nilai yang ana tunjukkan semuanya "ilallah"..

Khamis (26/5/2011) DI2-02-02

Bawa hatimu kepada ALLAH

5/27/2011 07:57:00 AM | 0 Comments



Hati manusia yang penuh dengan nilai-nilai mahmudah atau sifat positif akan menarik hati-hati manusia disekelilingnya yang mempunyai nilai yang sama. Begitu juga hati manusia yang busuk dan berselaput mazmumah, akan disukai dan dihurung oleh manusia sejenisnya. Kerana itu, orang pemurah akan disenangi dan dikasihi oleh orang yang sejiwa dengannya. Orang yang sombong dan ego akan disenangi oleh rakan-rakan egoisnya...

(sumber: A. Ubaidillah Alias, (Feb, 2010) Kompas Cinta. Rijal Media. Selangor)


Mampukah kita menjadi sombong selamanya..

Hanya baik kepada mereka yang hanya dilihat lebih,

tapi bersikap sombong kepada yang dilihat kurang..

menyatakan "ana khairun min hu" iaitu berkata "aku lebih dari dia"

siapa kita??..

padahal itu celaka untuk kita..

sedarlah..


“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [At Taubah 125]

tahu tak.. itu adalah sebenarnya penyakit hati

yang boleh dizahirkan melalui amalan kita..

.

.
Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

tahu tak.. sekali-kali kita tak akan dapat menandingi kuasa ALLAH, sekalipun kita pasti kita lebih hebat dari orang lain pada hari ini..


“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]

tahu tak.. akhir kahidupan nanti.. kesombongan itu akan membawa kita kemana? jawapannya adalah...


“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]

Nauzubillah ya Allah.. betapa buruknya tempat itu.. kenapa kita masih simpan sombong itu dalam hati!! tidakkah kita dapat menjaga nikmat itu dengan baik.. kita jaga hati itu supaya tidak berkarat dan gelap.. kita sering menginginkan syurga.. tapi kita sering lupa.. segala dugaan, kesenangan, kesusahan, masa yang lengang "adakah digunakan dengan baik atau tidak?".. semua itu adalah ujian untuk menguji manusia.. samada layakkah dia bersama mereka yang pengorbanannya, dan matinya hanya untuk ALLAH..

mula dari sekarang, marilah kita betulkan niat "inna mal a'malu binniat", cubalah berusaha untuk menjaga hati...


"SEMUA KERANA IKHLAS KEPADA ALLAH"

Bicara tanpa suara..

5/27/2011 07:21:00 AM | 0 Comments

Firman ALLAH bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh,
baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik
dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
daripada apa yang sudah mereka kerjakan."
(Surah An-Nahl, ayat 97)

Angin Cinta Kulfah..

5/10/2011 11:38:00 PM | 0 Comments


Sabda Rasulullah s.a.w, " Barang siapa yang sedang jatuh cinta lebih cenderung untuk selalu mengingat dan menyebut tentang yang dicintainya."

Sabda Rasulullah bermaksud." Dari Abu Hurairah bersabda, "Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia." (Muttafaqun Alaihi)

About

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana ALLAH, bermusuhan kerana ALLAH, cinta kerana ALLAH dan membenci kerana ALLAH." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas R.A)